

Pemergian Aina Mardhiah sungguh memilukan di mana ayahnya tidak berpeluang untuk menziarahi beliau semasa terlantar di hospital. Meskipun pihak berwajib telah dimaklumkan lebih awal, namun wujud jua tangan-tangan ghaib yang melengahkan seorang bapa menemui anak tersayang semasa hayatnya. Apakah kita sebagai manusia dan mengaku Islam sudah terhakis nilai-nilai kemanusiaan dan kasihan belas di dalam diri sehingga sanggup bertindak sedemikian. Apa lah salahnya jika dibenarkan kedua-dua anak dan ayah itu bertemu untuk kali terakhir. Tidak menjadi kesalahan berbuat demikian, bahkan kita menganjurkan satu perbuatan yang terpuji di sisi agama.
Sukar di fahami mengapakah begitu susah untuk seorang tahanan ISA menemui kaum keluarga mereka meskipun dalam keadaan kecemasan. Undang-undang apakah yang digunakan sehingga ianya sanggup melampaui dan membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan antara insan. Yang pastinya iman adalah paksi kepada semua permasalahan di atas. Seseorang yang mempunyai iman yang teguh pasti tidak akan bertindak sekejam dan sezalim itu. Pasti ada sedikit ruang perasaan kasihan belas dan nilai-nilai kemanusiaan sesama manusia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aina Mardiah. Amin....






Robin Van Persie-Netherland