Monday, June 23, 2008

Al-Qaeda semakin tersisih daripada dunia Islam?




Al-Qaeda kini menghampiri kemusnahan diri dengan komuniti Islam seluruh dunia dan penyokong kuat harakah itu berpaling tadah menentang ideologi kekerasan dan keganasan mereka.


Menurut seorang penulis terkenal Maha Azzam,yang juga merupakan pengarang buku "Al-Qaeda Five Years On: Threats and Challenges", Al-Qaeda telah gagal dalam aspirasi mereka untuk memenangi hati dan jiwa umat Islam seluruhnya terutama berkaitan ketidaksenangan pertalian rapat antara Islam dan keganasan. Dalam erti kata mudah Islam mencerminkan keganasan pada pandangan masyarakat barat. Al-Qaeda sebenarnya pada pendapat beliau telah mencemarkan dan merosakkan kesucian agama Islam.


Hasil kajian juga mendapati terdapat sebilangan pemimpin dan bijak pandai Islam dunia Arab dengan secara terbuka mengkritik dan mempersoalkan tindakan Al-Qaeda yang berterusan melakukan siri-siri pengeboman yang telah mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.


Noman Benotman, bekas seorang pemimpin Gerakan Islam Libya, telah mengkritik al-Qaeda secara terbuka di dalam suratnya yang dikirimkan kepada Ayman al-Zawahiri pemimpin paling kanan Bin Laden.


Tidak ketinggalan juga seorang ulama' Arab Saudi Salman Al-Ouda, turut menulis sepucuk surat terbuka kepada pimpinan al-Qaeda dengan mempersoalkan tindakan mereka. Antara isi kandungan surat tersebut:



  • "Wahai saudaraku Osama, berapa banyakkah lagi darah yang perlu ditumpahkan?"

  • "Berapa ramaikah lagi insan yang tidak berdosa perlu mati..atas nama al-Qaeda?"

Tetapi antara mereka yang paling berpengaruh dalam mengkritik dan menentang Al-Qaeda adalah Dr.Sayed Imam, seorang pengasas dan seorang pemikir terkenal kumpulan Jihad Islam Mesir. Beliau yang juga dikenali sebagai Dr.Fadl, telah menghentam hebat kumpulan Al-Qaeda di dalam bukunya yang ditulis semasa beliau di dalam penjara. Beliau juga pernah menuduh barisan kepimpinan al-Qaeda sebagai tidak bermoral.


(Artikel ini adalah terjemahan daripada Islam Online)


Persoalannya apakah benar Al-Qaeda telah hilang ideolagi dan hala tuju mereka sehingga sanggup melakukan siri-siri pengeboman yang mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa? Ataupun apakah ini satu lagi propaganda barat yang menjadi dalang dan menjadikan ianya sebagai satu lesen besar untuk terus menekan dan mengasak umat Islam sehinggalah agenda dan matlamat jahat mereka tercapai.

No comments: