Al-Husayn ibn Salam adalah merupakan seorang Rabbi(agamawan Yahudi) yang tinggal di Yathrib (Madinah). Beliau sangat dihormati dan disanjungi oleh penduduk Madinah pada ketika itu. Keperibadian beliau bukan sahaja di kagumi oleh bangsa yahudi itu sendiri, malah turut disenangi dan di kagumi oleh yang mereka yang berlainan bangsa dan agama.
Al-Husayn menjalani kehidupan secara sederhana, harmoni tetapi begitu serius dan teliti dari aspek mengisi masa yang terluang. Untuk masa-masa tertentu beliau akan beribadat, mengajar serta menyampaikan ceramah di tempat-tempat peribadatan bangsa yahudi.
Merupakan seorang yang menitiberatkan disiplin ilmu, Al-Husayn percaya kepada utusan terakhir dari Tuhan yang akan menyempurnakan utusan Nabi-Nabi dan Rasul sebelum ini. Tetapi persoalan yang terus membebani jiwa dan perasaannya adalah siapakah utusan tersebut?
Tatkala mendengar khabar tentang kewujudan seorang Nabi di Mekkah, Al-Husayn mengikuti berita tersebut dengan penuh minat. Bagai bulan jatuh ke riba. Saat yang dinantikan menjelma jua akhirnya. Penghijrahan Rasullullah SAW ke kota Madinah menjelmakan satu lembaran baru bagi Al-Husayn.
Ketika mana Rasullullah SAW dalam perjalanan memasuki kota Madinah, Al-Husayn pada ketika sedang melakukan kerja di atas sebatang pokok palma. Tatkala itu juga ibu saudaranya Khalidah bint Al-Harith, melaungkan kalimah suci "Allahu Akbar!""Allahi Akbar!"
To be continued...
No comments:
Post a Comment