Saturday, July 5, 2008

Hajat tak sampai....













Kebejatan dan kejelekan iklim politik Malaysia ketika ini telah mengalih pandangan umum terhadap satu peristiwa yang sungguh menyayat hati pada perkiraan saya. Pastinya ketika rakyat Malaysia umumnya tengah asyik dan khayal disaji kan dengan satu lagi kisah yang berstatus ‘movie of the year’, tapi kita lupa akan pemergian seorang remaja yang bernama Aina Mardiah Shahrial akibat pendarahan otak. Allahyarhamah merupakan anak kepada Shahrial Sirin seorang tahanan ISA selama tujuh tahun. Pastinya berita sebegini pada tanggapan sesetengah pihak sebagai kes terpencil yang tak perlu di perbesarkan dan di beri perhatian utama jika dibandingkan dengan kes liwat orang ternama yang lebih memikat dan mendapat tempat di dada-dada akhbar.

Pemergian Aina Mardhiah sungguh memilukan di mana ayahnya tidak berpeluang untuk menziarahi beliau semasa terlantar di hospital. Meskipun pihak berwajib telah dimaklumkan lebih awal, namun wujud jua tangan-tangan ghaib yang melengahkan seorang bapa menemui anak tersayang semasa hayatnya. Apakah kita sebagai manusia dan mengaku Islam sudah terhakis nilai-nilai kemanusiaan dan kasihan belas di dalam diri sehingga sanggup bertindak sedemikian. Apa lah salahnya jika dibenarkan kedua-dua anak dan ayah itu bertemu untuk kali terakhir. Tidak menjadi kesalahan berbuat demikian, bahkan kita menganjurkan satu perbuatan yang terpuji di sisi agama.

Sukar di fahami mengapakah begitu susah untuk seorang tahanan ISA menemui kaum keluarga mereka meskipun dalam keadaan kecemasan. Undang-undang apakah yang digunakan sehingga ianya sanggup melampaui dan membelakangkan nilai-nilai kemanusiaan antara insan. Yang pastinya iman adalah paksi kepada semua permasalahan di atas. Seseorang yang mempunyai iman yang teguh pasti tidak akan bertindak sekejam dan sezalim itu. Pasti ada sedikit ruang perasaan kasihan belas dan nilai-nilai kemanusiaan sesama manusia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Aina Mardiah. Amin....

1 comment:

Kristina Dian Safitry said...

kisah memilukan sekaligus memukul sendi sendi kemanusiaan kita. turut berduka..