Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Bersyukur kita kepada Allah SWT dengan limpah kurnia serta hidayahnya, kita masih lagi dipanjangkan umur dan diizinkan untuk terus menghirup udara yang segar ini yang bersifat sementara serta pinjaman Allah kepada hambanya.Di lengkapi dengan nikmat Islam dan Iman diharapkan kita akan terus memacu ke arah kehidupan yang lebih sejahtera serta diredhai Allah.

Alhamdulillah, debat perdana bertajuk ”HARI INI TUBUH KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK’ di antara penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek telah pun berakhir dan berjalan dengan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Tahniah kepada akhbar portal Agendadaily dan semua yang terlibat dalam menganjurkan debat ini. Namun, siapa pemenangnya? Itu lah persoalan menarik yang sepatutnya dirungkai. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Terpulang kepada anda untuk menobat sang juaranya. Yang pasti saya lebih menyetujui pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Menurut beliau KITA semua adalah pemenangnya.
Analisis berkaitan debat berkenaan tidak seharusnya dilihat dari satu perspektif sahaja. Ramai penganalisis membuat kupasan berlegar sekitar menentukan siapakah pemenangnya walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah. Saya lebih berminat untuk membincangkan dari sudut yang berbeza. Kita sebagai rakyat Malaysia harus melihat kejayaan penganjuran debat ini sebagai satu usaha murni yang perlu diteruskan demi memenuhi prinsip-prinsip demokrasi seperti mana yang di laung-laungkan. Keterbukaan dan kesediaan kerajaan memberi ruang kepada aktiviti sihat sebegini haruslah di puji.

Seharusnya program-program sebegini wajar diteruskan bagi membuka ruang dan waktu kepada para pemimpin tanpa mengira fahaman politik untuk duduk berbincang dan bertukar-tukar pandangan demi kemaslahatan rakyat. Gendang telah pun di palu. Agendadaily sebagai perintis dan di harapkan kesinambungannya berterusan. Rancangan-rancangan televisyen seperti Hujah di TV9 dan perbincangan isu semasa di TV1 adalah cukup bermanfaat bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berwawasan dan berketrampilan berbanding program hiburan ’reality show’ yang langsung tidak mampu membina sahsiah dan jati diri bangsa.
Usah lah kita membutakan mata dan memekakkan telinga. Bukalah mata dan minda untuk melihat, mendengar serta menilai setiap hujah yang telah di bentangkan dengan rasional dan hati yang terbuka. Sikap assobiyyah dan ketaksuban kepartian haruslah di hindarkan sama sekali dalam membuat keputusan. Sindrom takut untuk mendengar kebenaran kekadang begitu menghantui sesetengah pihak. Begitu payah dan susah untuk mengakui kebenaran pihak lain hanya kerna perbezaaan politik.
Apapun pujian dan sekalung tahniah juga harus di berikan kepada pendebat atas keberanian dan kecekalan mereka menyahut cabaran pihak penganjur. Negara sememangnya memerlukan pemimpin seperti ini yang berani menyahut cabaran, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas,berfikiran kritis dan kritikal serta bijak melontar hujah. Bukan sekadar mereka-mereka yang hanya berani ’melalak’ dan bercakap atas dasar retorik semata-mata , tapi kecut untuk berhadapan di gelanggang perdebatan tanpa alasan munasabah.
Sebagai sebuah negara yang menjujung amalan demokrasi, kita tidak hanya mengimpikan siri – siri debat sebegini sebagai penanda aras bahawa betapa suburnya demokrasi di bumi Malaysia. Masih banyak lagi tunjang kepada demokrasi yang harus dipenuhi oleh pihak kerajaan. Kebebasan untuk berkumpul dan menyuarakan pendapat, kebebasan media cetak dan elektronik masih lagi di takuk lama dan perlu kepada penambahbaikan yang menyeluruh.
Wa akhiru kalam, di harapkan agar anjakan paradigma bertitik tolak dari debat yang diadakan baru-baru ini, dapat dilihat sebagai satu momentum untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompeten, adil dan toleren.

No comments:
Post a Comment