Sunday, May 8, 2011

Anugerah..


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT di atas kurniaan cahaya mata lelaki buat kami sekeluarga. Walaupun seminggu lewat dari tarikh sebenar, namun proses kelahiran berjalan dengan lancar dan secara normal. Sehingga entry ini ditulis ibu dan bayi lelaki seberat 3.4kg alhamdulillah dalam keadaan sihat.

Kelahiran baru menandakan umur saya semakin meningkat. Tiada apa lagi yang mahu dikejarkan melainkan kebahagiaan hidup bersama keluarga serta keredhaan Ilahi adalah yang paling utama. Bekerja dan meyumbang sesuatu kepada Islam walaupun kecil adalah sesuatu yang masih belum selesai dan perlu ditingkatkan lagi.

Sehebat atau sesengit mana pun perlawanan antara Man United menentang Chelsea, ianya insyaAllah tidak akan mengganjakkan posisi saya dari menjaga isteri yang masih dalam keadaan lemah. Bukan senang untuk berdua buat seketika. Semoga Allah terus melindungi kami sekeluarga dan usrah kami senantiasa di limpahi cahaya kebahagiaan.InsyaAllah.

Mohd Nazif, Norazati,Nurhanan 'Uzma,Muhammad Naquib Akhtar.

No comments: