Wednesday, May 21, 2008

Sex dan sekeping roti...Afghanistan baru pasca-Taliban


'Lari dari mulut harimau,tetapi terjun ke dalam mulut buaya'. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai disandarkan kepada masyarakat Afghanistan ketika ini. Keinginan meluap untuk hidup dalam dunia serba membangun dan moden yang dijanjikan oleh Amerika Syarikat akhirnya memakan diri sendiri. Bak peribahasa 'yang digapai tak dapat, yang dikendong berciciran'. Kemusnahan fizikal negara ini turut disertai dengan kehancuran dan kerosakan akhlak dan sahsiah diri masyarakatnya.

Kisah 1: Fatimah, seorang remaja yang berusia 19 tahun berasal dari Mazar-i-Sharif. Dia pernah menjadi pelarian di Iran ketika tentera Amerika Syarikat dan sekutunya begitu hebat membedil Afghanistan. Sekembalinya dari Iran, dia mengimpikan sebuah kehidupan yang lebih baik tetapi sebaliknya di atas desakan hidup yang meruncing,dia membuat keputusan untuk menjadi seorang pelacur.'Saya tiada pilihan lain melainkan dengan menjual tubuh' katanya. Di bebani bebanan untuk menyara emaknya, dua orang kakak dan seorang adik lelaki dia berkeliaran di sekitar utara bandar Mazar-i-Sharif untuk mencari pelanggan. Menurut RAWA, sebuah pertubuhan wanita Afghanistan, kegiatan pelacuran tumbuh bak cendawan selepas hujan setelah tumbangnya kerajaan Taliban pada 2001. Sesungguhnya Fatima tidak berseorangan.

Kisah 2 : Nasrin, 24 tahun, berasal dari utara Qhunduz. Mewarisi kegiatan tidak bermoral ini daripada ibunya. Menurut Nasrin, ayahnya telah meninggal ketika perang saudara meletus di Afghanistan. Ibunya yang tidak mempunyai pekerjaan, telah membuat keputusan untuk menjadi pelacur untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Setelah meningkat dewasa, Nasrin kerap kali di suruh oleh ibunya untuk menjalinkan hubungan seks dengan lelaki. Menurutnya lagi, sememangnya dia ingin menikmati hidup sempurna dan mempunyai suami seperti orang lain. Tetapi masyarakat memandangnya sebagai pelacur.

Kisah di atas hanyalah secebis dari beribu kisah malang yang melanda masyarakat Afghan setelah kerajaan konservatif Afghanistan menaiki takhta yang di dokongi oleh Amerika Syarikat. Setelah enam tahun negara ini diperintah oleh 'west-backed government', penduduk Afghanistan masih kekurangan kekurangan asas seperti elektrik, bekalan air bersih dan sebagainya. Berdasarkan kisah sedih di atas, dapat lah kiranya kita simpulkan di sini bahawa, Amerika Syarikat dan sekutunya selaku musuh Islam yang utama tidak pernah leka, mahu pun berdiam diri dari memadamkan hasrat mereka untuk menghancurkan dan melenyapkan umat Islam dari muka bumi ini sirrun aw jahrun. Negara Afghanistan adalah contoh terbaik.

3 comments:

Anonymous said...

syabas bety. ok jib nice blog. tapi chelsea kalah la

Anonymous said...

Jib betulka ceritani. Seolah2 persembahan penulisan ini memberi satu persepsi yang negatif kepada gambaran masyarakat Islam di Afghanistan. Sedangkan kita tau semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh pejuang Afghanistan menjadi contoh kepada masyarakat Islam yang lain pada masa kini. Intipati cerita tersebut memberi satu kesimpulan tentang kemuflisan moral dan rendahnya maryauh masyarakat Islam di sana. Apatah lagi, ia cukup memberi tamparan yang hebat kepada masyarakat Islam di negara lain. Bayangkan jumlah penganut Islam yang dikatakan dominan berbanding dengan penganut agama lain. Semoga Allah membantu masyarakat Afghanistan di sana

fsj said...

kesian nye...