Monday, May 19, 2008

Islam dihina lagi...Al-Quran menjadi sasaran latihan tentera U.S di Iraq

Kesan tembakan pada kitab suci al-Quran.



Seorang tentera Amerika telah di hantar pulang selepas menjadikan kitab suci Al-Quran sebagai sasaran di dalam satu sesi latihan di barat Baghdad yang merupakan kawasan majoritinya didiami oleh golongan Sunni.

Setelah penyiasatan dibuat,askar tersebut yang namanya masih dirahsiakan telah dikenakan tindakan disiplin dan di hantar pulang.

Insiden tersebut telah dilaporkan oleh CNN dengan menyiarkan siaran permohonan maaf Major General Heffrey Hammod kepada pemimpin-pemimpin penduduk di Radwaniyah.

Seorang lagi pegawai, Colonel Ted Martin, telah mengucup senaskhah al-Quran dan meletakkan di dahinya kemudian menyerah kitab suci tersebut kepada salah seorang pemimpin penduduk.


Siri-siri penghinaan terhadap umat Islam semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Di mulakan dengan penyiaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W, kemudian kita dikejutkan pula dengan penayangan filem 'Fitna" arahan seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders.

Di Denmark, akhbar Jyllad Posten telah menyiarkan semula gambar karikatur Nabi Muhammad SAW tanpa mengendahkan sensitiviti umat Islam. Di fahamkan satu pertandingan melukis karikatur Nabi junjungan kita juga itu turut di adakan secara meluas di negara itu.

No comments: