Sememangnya Afghanistan semasa di bawah pentadbiran Taliban adalah berbeza jika dibandingkan dengan regim pemerintahan baru yang diketuai oleh Hamid Karzai. Selepas era pemerintahan Taliban, keadaan sosial masyarakat Afghanistan menjadi lebih malap dan gelap. Seorang wartawan akbar harian menyingkapkan era kegemilangan Afghanistan telah berlalu di mana rakyat dengan bebas memindahkan sejumlah wang tanpa rasa takut dan prejudis kepada sesiapa manakala pada hari ini bank-bank serta institusi kewangan di rompak sewenang-wenangnya biarpun ianya dilengkapi dengan sistem keselamatan kelas pertama. Dua situasi yang amat berbeza.
AFGHANISTAN - PEMECAH REKOD
Negara yang di selubungi peperangan ini telah memecah rekod demi rekod dari hari ke sehari. Rekod-rekod baru yang dicipta ini bukanlah di landasan yang betul dan tepat sebaliknyamenjadikan Afghanistan sebuah negara yang sentiasa di pandang serong oleh masyarakat antarabangsa.Perusahaan tanaman bunga popi dan pengeluaran dadah terlarang telah menjadi satu kegiatan yang begitu popular di Afghanistan. Ketika era pemerintahan Taliban, pengeluaran dan pengeksportan heroin telah jatuh sebanyak 65%.
ISU KESELAMATAN
Soal keselamatan mula menjadi perbualan hangat bagi rakyat Afghanistan ketika ini. Menculik untuk dijadikan tebusan, mencuri harta benda awam, rompakan bersenjata adalah hanya secebis daripada ribuan perlakuan jenayah yang menghantui fikiran penduduk di negara ini. Paling menyedihkan perlakuan jenayah ini turut didalangi oleh pihak perisikan tentera yang berjawatan tinggi. Sehingga Februari 2007, sekurang-kurangnya 5 buah bank telah di rompak dalam tempoh kurang dari setahun yang mana kesemua bank-bank tersebut lokasinya terletak di kawasan bandar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
MAFIA KARTEL
Bagi majoriti rakyat Afghan, mereka telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan baru ini. Secara praktikalnya, tampuk pemerintahan di kuasai oleh pahlawan-pahlawan yang gilakan kuasa dan segelintir teknokrat yang berpendidikan barat yang longgar pegangan Islam mereka. Mereka ini secara umumnya terbahagi kepada 2 golongan.
i) Golongan Pertama : Adalah mereka yang tanpa segan silu memunggah hasil mahsul serta kekayaan negara dan memindahkan ke dalam kantung-kantung mereka.
ii) Golongan kedua: Golongan yang dikenali sebagai 'dog-washer'. Adalah orang awam yang berpendidikan rendah tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang bagus, kesudahannya tabiat mereka hanyalah mengimport segala kepelikan dan keanehan budaya barat masuk ke Afghanistan. Mereka 'lebih kebaratan berbanding orang barat.
HARAPAN YANG TELAH HILANG
Afghanistan pada hari ini adalah merupakan negara yang sekular, rasuah dan mengeksploitasi wanita. Pada Disember tahun lepas, Hamid Karzai dalam satu ucapan tanpa segan silu untuk mengalirkan airmata menggesa agar di hentikan pembunuhan kanak-kanak tidak berdosa oleh tentera bersekutu. Kegagalan Amerika Syarikat dan tali barutnya untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat Afghan dengan menyingkirkan puak Taliban ternyata satu usaha yang sia-sia. Sebaliknya bumi Afghanistan terus ditimpa pelbagai musibah dan kemudharatan seperti yang dinyatakan tadi dan rakyat afghan menuju masa depan yang serba keliru.

No comments:
Post a Comment