Lagi berita mengenai Afghanistan. Kerajaan Taliban yang disingkirkan sejak 6 tahun dahulu, kini kembali mendapat sokongan masyarakat Afghan terutamanya daripada cerdik pandai universiti.Dilaporkan para pejuang Taliban telah bergerak secara senyap ke beberapa kawasan pendalaman di utara dan timur Kabul. Taliban pada masa sekarang di lihat sebagai alternatif yang berkelayakan bagi menggantikan kerajaan dokongan barat Hamid Karzai.
Apa yang menariknya yang hendak dikongsikan di sini adalah, para penduduk tidak lagi merujuk kepada kerajaan yang sah untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya mereka lebih rela pergi kepada para pejuang Taliban untuk menyelesaikan sebarang isu dan juga masalah. Pendapat ini telah disuarakan sendiri oleh Mohammad Nabi Rahimullah Safi, iaitulah gabenor kawasan Kapisa. Menurutnya lagi, walaupun sudah 6 tahun U.S menakluk Afghanistan, tetapi masyarakatnya masih kekurangan keperluan asas.
Fakta: Lebih 70% rakyat Afghanistan kekurangan zat makanan, manakala hanya hampir suku daripadanya mendapat bekalan air bersih.
Fakta di atas terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa Amerika Syarikat hanya mengambil sikap acuh tak acuh untuk membangunkan Afghanistan. Dalam erti kata mudah mereka lebih rela melihat masyarakat Islam di sana hidup melarat dan menagih simpati masyarakat antarabangsa. Taliban, kini dilihat mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi oleh para penuntut University Kabul, sebuah university yang tersohor di negara itu. Kekecewaan mereka adalah jelas seperti berikut:
- Tahap keselamatan yang semakin meruncing jika dibandingkan semasa pemerintahan Taliban.
- Harga barang yang semakin tinggi di zaman Hamid Karzai.
- Rasuah yang terus menjadi barah, tetapi tidak di zaman Taliban.
- Bantuan kewangan yang sering hilang entah ke mana.
Semoga rakyat Afghanistan kembali kepada Islam yang syumul. Hanya Islam adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan permasalahan di atas.