Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Semoga sihat selalu dan senantiasa dipayungi rahmat Allah hendaknya. Posting kali ini hanyalah untuk berkongsi maklumat berkaitan satu email yang diterima baru-baru ini daripada seorang rakan. Terasa begitu sedih membaca dan menatap gambar yang dikirimkan melalui email tersebut.
Cuba perhatikan gambar di atas. Baca tulisan di atas anak panah berwarna kuning dan garisan hitam. Tulisannya berbunyi begini :
DEMOCRACY = CAPITALISM = GOOD
ISLAM = TERRORISM = EVIL
Tipikal masyarakat barat apabila bercakap mengenai Islam. Islam itu begitu jahat pada pandangan mata mereka sehinggakan logiklah anak-anak mereka dididik supaya membenci Islam. Kebencian yang hanya bersandarkan situasi semasa semata-mata tanpa membuat sebarang kajian mendalam mengenainya.
Ianya menjadi lumrah apabila Islam itu dimusuhi oleh mereka yang bukan Islam. Ianya bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
Ianya menjadi lumrah apabila Islam itu dimusuhi oleh mereka yang bukan Islam. Ianya bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya tidak akan redho Yahudi dan Nasara sehingga kamu ikut akan mereka (cara)”
Ayat Allah di atas terang lagi bersuluh mengiakan hujah bahawa barat akan sentiasa mendendami Islam sehinggakan ianya diterjemahkan dalam bentuk pendidikan supaya pegangan ini terus diwarisi oleh golongan seterusnya. Saya juga seorang pendidik. Tetapi tidak pernah sekali-kali saya mengajar anak murid saya memusuhi mereka yang bukan beragama Islam.
Islam adalah agama persaudaraan. Agama Allah tidak pernah mengajar umatnya membenci sesiapa. Bukankah kita ini dilahirkan di atas muka bumi berbagai-bagai warna kulit dan agama untuk berkenalan antara satu sama lain?
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim supaya menzahirkan kebaikan Islam itu sendiri. Jadikanlah kita sebagai umat yang sami' na wa atho'na kepada segala perintah Allah SWT. Dengan mempamerkan akhlak yang mulia dan pekerti tertinggi, moga kita dapat meyakinkan barat bahawa Islam itu adalah agama perdamaian.
Krisis ekonomi global yang menjerut ketika ini menyaksikan kegagalan sistem kapitalis yang didewa-dewakan oleh barat selama ini. Sebagai contoh seperti negara 'ultra maju' seperti Amerika Syarikat terpaksa menyuntik berbilion-bilion USD untuk menyelamat syarikat-syarikat gergasi dari rebah mencium tanah.
Kebobrokan sistem ekonomi yang mengagungkan riba dan berkiblatkan keuntungan ini juga ternyata tidak berdaya tahan untuk menyelesaikan permasalahan keseimbangan pendapatan antara isi rumah, sebaliknya 'mengkayakan' lagi golongan yang telah sedia kaya. Golongan marhain terus dihimpit kefakiran.
Kebobrokan sistem ekonomi yang mengagungkan riba dan berkiblatkan keuntungan ini juga ternyata tidak berdaya tahan untuk menyelesaikan permasalahan keseimbangan pendapatan antara isi rumah, sebaliknya 'mengkayakan' lagi golongan yang telah sedia kaya. Golongan marhain terus dihimpit kefakiran.
Sudah tiba masanya kita 'beralih angin' mempraktikkan Sistem Ekonomi Islam dalam rutin harian. Krisis kewangan yang melanda setiap 10 tahun perlu dijadikan iktibar. Hanya sistem ekonomi yang berasaskan Tauhid sahaja dapat merungkai permasalahan yang wujud seterusnya menjamin rahmatan lil 'a lamin
No comments:
Post a Comment