Walaupun terdapat khilaf pada tafsiran gambar tersebut, namun menjauhinya adalah lebih utama kerana ada pendapat yang mengatakan haram seperti fatwa Anggota Lembaga Tetap Fatwa Arab Saudi menfatwakan tidak harus seseorang solat dengan memakai pakaian yang ada gambar benda-benda yang mempunyai roh seperti manusia, haiwan dan lain-lain. Dan tidak harus juga memakainya walaupun di luar solat. Adapun solat, maka sah solatnya dan ia berdosa. [RUJUK Fatwa al-Lajnah al-Da’imah 6/179] Lebih-lebih lagi kalau dalam solat jemaah kerana akan mengganggu kekhusyukan jemaah lain.
Tetapi jika gambar atau logo itu kecil, hukumnya tetap haram tetapi dimaaf pada syara’ kerana darurah, dengan syarat bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang. Tetapi adalah lebih baik dia memakai pakaian lain jika ada.
Sekian
Wallahu A’lam.
Disediakan oleh:
Ahli Panel Majlis Ulama ISMA
7 comments:
Salam,
Betul tu..ms sy g kursus beberapa bulan yg lepas ustaz tu ada g tau seboleh2nye tidak memakai pakaian yg boleh mencuri perhatian org yg berada di belakang kite..sbb ia bleh menyebabkan org yg berada dibelakang kite tidak khusyuk pada solat jika bile dia tertumpu pada ayat2 or gambar di belakang baju kite itu..
Wslm Jiejah,
Betul kata ustaz tu. Kesimpulannya adalah lebih baik kita mengelak terus dari memakai baju bergambar ketika sembahyang..
Thank you for Responding to My Posts. Feel Free to Read the Response I wrote to your 2 Comments it will be right below the Comment you have recently written. I Look forward to hearing more From You. Salaam/Shalom
err org yahudi ke tu..xper ke? tetibe hati sy was2 lak...
Jiejah,
Saya rasa dia memang seorang yahudi. Tiada masalah kita bertukar pandangan selagi mana tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan akidah.
demo ado pengikut loni boh..pengikut yang nyata dan pengikut yang demo sendiri x kenali...hehehe
salam, jika sy ada terbeli baju bermotif binatang sdgkan dlm katalog (sbb beli on9) xde...dpt2 ada motif butterfly...terkilan lak rs...apa pendapat sumer?...sy masih tunggu jawapn dr penjual ttg hal ni...harap dia bole refund duit sy dan sy pulangkn baju tu...sebagai sesama islam...kena sama2 pertanggugjawap dalam urusan jual beli. br la betul perniagaan dlm islam..betul tak?
Post a Comment