Sunday, March 1, 2009

Tol oh Toll...


Keputusan kerajaan untuk beberapa ketika menangguhkan penguatkuasaan kenaikan harga tol di lima rangkaian lebuhraya dilihat sebagai satu langkah bijak.

Himpitan kewangan hidup akibat kemelesatan ekonomi dunia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kuasa beli isi rumah. Dengan penarikan keputusan tersebut, rakyat kini kembali menghela nafas lega untuk menempuh rutin harian tanpa perlu membayar tol pada harga yang lebih tinggi.

Tindakan kerajaan yang pada ketika ini memahami nasib rakyatnya, seharusnya dipuji dan diraikan tanpa sebarang prejudis. Islam tidak menggalakkan umatnya berburuk sangka kerana ada pihak beranggapan penggantungan keputusan tersebut bersifat 'ada udang di sebalik batu'.

Persoalannya ialah mengapakah ketika saat genting sebegini harga tol perlu dinaikkan? Atas rasional apakah keputusan tersebut diambil sebelum ini? Ketika hampir ratusan ribu bakal dan telah pun kehilangan pekerjaan, kerajaan perlu sensitif terhadap situasi semasa.

Hari ini 2 Mac 09 buletin TV3 1.30 tengahari melaporkan syarikat konsesi lebuhraya telah mengaut keuntungan bersih berjumlah billionan ringgit. Jadi apa perlu harga tol perlu dinaikkan secara tergesa-gesa tanpa mengambil berat sentimen kewangan rakyat ketika ini.

Kerajaan sepatutnya lebih bijak dalam membuat perjanjian konsesi tersebut agar kemaslahatan rakyat sentiasa dan terus terpelihara. Sebagai pihak yang berkuasa penuh dan berautoriti dalam menganugerahkan kontrak-kontrak melibatkan pembinaan lebuhraya, kerajaan perlulah memilih syarikat-syarikat yang prihatin terhadap nasib rakyat bukan hanya memikirkan untuk memenuhkan kantung dan tembolok mereka sahaja dengan menetapkan kenaikan harga tol yang berterusan.

Kalau ahli parlimen dan bekas menteri pun mengeluh tentang harga tol, ini kan pula orang awam. Maka berkata lah Dato' Seri Azmi Khalid
'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol, tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang saya sangat merasai beban tol itu '

2 comments:

Anonymous said...

kawe jare guno tol boh...balik kg x kena tol pong...huhuhu

al-Balingi said...

To insan kecil,

Ganu and klate takpola takdok tol boh..