Wednesday, November 5, 2008

Antara Sydney, Alor Setar dan Kota Bharu..


Dalam usaha mengatasi keganasan yang berhubung-kait dengan alcohol di bandaraya Sydney, pihak berauthoriti akan memperkenalkan satu undang-undang yang tegas bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi. Klik di sini untuk berita selanjutnya. Reporting by Michael Perry; Editing by David Fox)

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Sydney tidak akan lagi mengeluarkan lesen kepada kesemua pengusaha kela-kelab malam yang ingin menjual minuman keras selama 24-jam sehari semalam. Pemilik-pemilik pusat hiburan juga akan ’dipaksa’ menggunakan kelas plastik bagi tujuan mengelakkan sebarang keganasan berlaku.

Sejak kebelakangan ini, bandaraya Sydney telah di gemparkan dengan beberapa siri pergaduhan yang berlaku di kalangan pemabuk-pemabuk sehingga menyebabkan seorang anggota polis telah tercedera.

Bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang, pihak berkuasa Sydney telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengharamkan penjualan arak untuk 24-jam.

New South Wales (NSW) adalah merupakan negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di Australia telah mencatatkan sebanyak 21,000 kes keganasan alkohol untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Persoalannya apakah reaksi masyarakat Malaysia sekiranya penguatkuasaan undang-undang seperti di atas dilaksanakan di bandar-bandar seperti Alor Setar dan Kota Bharu iaitu 2 buah ibu negeri yang ditadbir oleh sebuah parti pembangkang yang berhasrat menerapkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Hanya terdapat 2 options. Samada disokong atau dibantah. Pasti riuh-rendah bunyinya membantah.

Bukti apa lagi? Hujah apa lagi yang perlu dilontarkan bagi membuktikan bahawa ’al-khamr’ itu lebih banyak mudharat dari manfaatnya. Apakah kita yang mengaku Islam, tetapi atas nama ketamadunan manusia perlu menghalalkan arak demi kepentingan ekonomi dan sebagainya?

Bukankah bukti di atas adalah cukup jelas bahawa al-khamr (arak) adalah merupakan ’ mother of all evils’.

6 comments:

pemikir lapuk said...

di england...arak boleh dijual sampai 10pm je....

pemikir lapuk said...

sorry..tmbahan...

aku pernah bbahas dgn mat black..yg kuat sgt baik dgn jesus....dia mati2 ckp rokok lebih bhaya dari arak...sbnya dia tk isap rokok...tapi dia minum arak.....hahahahaha

al-Balingi said...

al-Balingi to Pemikir Lapuk,

Tq for info. Kalu negara barat boleh buat, jual arak ada limitnya, takkan negara kita kita tak boleh buat kot. Nampaknya negara kita lebih 'barat' dari barat la mcm tu.

Pasal rokok aku turut sokong, sbb ramai jgk rockers yg 'minum' tp tak merokok. Diorang mmg 'advance' dlm ilmu kesihatan ni.

pemikir lapuk said...

bro...bukan pasal kita lebih barat dari barat....sb nya menteri2 kita bodoh2....dan suka mkn kt bawah meja(fhm maksud akukan?)hahahahaha

ibn battuta...dlm buka pgembaraannya ada tulis"aku menemui islam di negara yg bukan islam"....

al-Balingi said...

Pemikir Lapuk,
Makan bwh meja..aku faham maksudmu

Anonymous said...

manusia yg buat arak tu jadi jadi jahat...(sekadar pendapat gua)