Tuesday, August 26, 2008

Mencongak Halatuju Politik Negara Selepas 26 Ogos 2008..


Kemenangan yang sudah diduga, tetapi peningkatan undi majoriti yang sedikit memeranjatkan. Pertambahan sebanyak 2000 ribu undi majoriti merupakan satu lonjakan moral kepada PKR dan para pendokong Pakatan Rakyat umumnya.

Proses pengundian yang telah disempurnakan tanpa sebarang insiden atau tragedi yang tidak diingini sebenarnya telah melengkapi amalan demokrasi di negara kita ini.

Menurut laporan media, sebanyak 70 laporan polis telah dibuat oleh pihak-pihak yang bertanding manakala kertas siasatan yang dibuka hanyalah sebanyak 25. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 ini sememangnya sengit dan ‘panas’.

Anwar yang dulu disifatkan sebagai ‘dead and buried’ setelah di penjarakan selama 8 tahun akibat rasuah dan salahguna kuasa, kini mengorak langkah ke Putrajaya. Namun begitu, tarikh keramat 16 September yang dinanti-nantikan masih lagi samar malah segelintir penganalisis politik berpendapat ianya tidak mungkin terjadi.

Tapi yang paling menarik diperhatikan ketika ini ialah corak politik negara setelah Anwar menjejakkan kaki di parlimen. Kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh serta impaknya terhadap senario politik negara :

1) Bakal menamatkan era pemerintahan Parti Perikatan@Barisan Nasional selama 50 tahun. Menubuhkan kerajaan baru gabungan PKR, PAS dan DAP.

2) Bakal mewujudkan sistem 2 buah parti utama di negara ini sama seperti di negara-negara barat yang silih berganti mentadbir negara. Contohnya seperti di Amerika Syarikat yang mempunyai Demokratik dan Republikan. Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

3) Politik pembangunan semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat. Dendangan lagu lama pemerintah biarpun kekadang diberi nafas baru kini semakin sumbang alunannya. Isu yang sudah tidak relevan dan rakyat lebih berminat membicarakan tentang kualiti hidup yang dinikmati.

4) Begitu juga dengan politik keperibadian yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Politik sumpah dan menyerang peribadi semakin tidak di gemari dan memualkan.

5) Media massa arus perdana bukan lagi ‘penentu’ yang mempengaruhi kuasa undi. Mainan politik ‘mainstream media’ yang hanya menyebelahi sebelah pihak menjadikan rakyat semakin muak dan jelak. Sebaliknya mereka lebih mempercayai sumber yang diperolehi daripada internet.

6) Penamatan ‘kontrak’ Perdana Menteri lebih awal, walaupun pelan peralihan kuasa telah pun di persetujui. Keputusan Pilihanraya Kecil ini sebagai satu signal untuk Perdana Menteri supaya berundur lebih awal.

Perlu di ingat kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim masih lagi di dalam proses mahkamah. Dan perjalanan seorang ‘comeback king’ bersama angan-angannya untuk menjadi ‘premier leader’ masih lagi jauh dan samar.

No comments: