Monday, August 4, 2008

Boikot Barangan Belanda Berkesan



ANTARA PRODUK KELUARAN BELANDA
Tindakan boikot hasil produk Belanda oleh negara-negara pengguna seluruh dunia, akibat tindakan seorang ahli parlimennya yang memperlekehkan Islam, memberi kesan cukup mendalam kepada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Kesan daripada pemboikotan itu, beberapa syarikat pengeluar barangan negara berkenaan memohon kemaafan khususnya daripada negara-negara umat Islam.
Isu bermula berikutan keterlaluan ahli parlimen berhaluan kiri Geert Wilders yang sengaja menimbulkan kemarahan dan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.
Umat Islam bertindak seperti mana yang mereka telah lakukan terhadap barangan Denmark apabila sebuah akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina keperibadian Rasullullah SAW.
Permohonan maaf bermula dengan penyiaran iklan dalam akhbar Jordan dan negara Arab lain oleh syarikat-syarikat dari Belanda yang menyebut bahawa "Muhammad seorang Rasul yang menyatupadukan manusia".
Di samping itu, ia menyatakan bahawa semua agama mengajar penganutnya menghormati satu sama lain.
Syarikat Penerbangan Belanda (KLM) dan syarikat elektrik terkemukan PHILIPS, menyampaikan ucapan terima kasih khusus kepada pihak berkuasa Jordan yang sedia menyiarkan permohonan maaf tersebut.
Ia juga disusuli dengan syarikat produk keju dan bahan makanan ringan yang juga menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku.
Pada masa yang sama, pihak berkenaan juga sanggup menerima tindakan yang dikira munasabah agar pemboikotan itu tidak mengambil masa yang panjang hingga boleh menjejaskan ekonomi dan hubungan dua hala.




1 comment:

Whitetulip Tales said...

salam. mmg patutpun diboikot. Adakah patut buat tuduhan melulu...tak sayang nyawa tul. Nasib baik tak kena tembak oleh orang Morocco. Baru padan muka dorang tuh!