Friday, November 20, 2009

Daripada 'cocktail pub' kepada Islam..


Laura Pistorious, warga kulit putih Afrika Selatan yang juga merupakan pengusaha pub cocktail berdekatan pantai di bandar Cape Town telah memeluk Islam setelah sekian lama hidup dalam 'kekosongan'.

Dia dengan ikhlasnya mengaku memiliki tabiat meminum aras yang sukar dihakis. Pandangan luaran ramai melihatnya gembira, berparti ke sana sini bersama rakan, tetapi di dalam hatinya dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan jiwanya dirasakan cukup kosong.

Walaupun dibesarkan di dalam keluarga penganut Katolik tegar, beliau tidak mempercayai wujudnya Tuhan disebabkan kehidupanya yang ketagihkan arak dan dadah.

Kehidupan Laura berubah setelah dia bertemu seorang rakan yang telah memeluk Islam. Beliau memberitahu, setelah mendengar penerangan rakan berkitan Islam, pada malamnya dia menangis dan berdoa kepada Tuhan.

Setelah selesai berdoa panjang, keajaiban telah berlaku dalam hidupnya. Dia kemudian telah berjaya mengatasi masalah 4 tahun ketagihan dadah dan telah mula melakukan bacaan berkaitan Islam.

Dan pada September 2007, di permulaan bulan Ramadhan, Laura telah mengucap dua kalimah syahadah dan dengan rasminya beliau menjadi seorang muslim.Setelah 'conversion', beliau membuat keputusan untuk tidak lagi mengusaha 'cocktail pub'nya. Beliau juga telah mula memakai hijab.

Subhanallah. Begitulah kuasa Allah. Faiza ara da syai an, an yaku lalahu kun faya kun

(Sumber : Islamonline)

Saturday, November 7, 2009

Umrah package for Kelantan's player..


Kelantan have declared Sunday as a state holiday to mark the team’s appearance in the Malaysia Cup final against Negri Sembilan at the National Stadium in Bukit Jalil on Saturday.

Deputy Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob declard Sunday a state holiday “to celebrate Kelantan’s historic appearance in the final of the Malaysia Cup after 39 years”.

“It is an incentive for the people of Kelantan to go and support the team in Bukit Jalil. As for the players and officials, the state government will bear the cost of their umrah package and also provide cash incentives for making it to the final,” he told reporters here yesterday.

Kelantan made it to the final after beating Perlis 5-1 on aggregate.

The last time Kelantan qualified for the Malaysia Cup final was in 1970, when they lost 0-2 to Perak.

“We hope that by declaring Sunday a holiday, fans will not rush home but take their time to drive slowly and carefully home,” he said.

Wednesday, October 21, 2009

Benarkah al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi Mengharamkan Niqab / Purdah ?


Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss

(Di petik dari blog Hairul Nizam Mat Husain - Penuntut Univ.Al-Azhar, Mesir)

Sunday, October 11, 2009

Isa sees 'light' in Bagan Pinang..


It's over . The Bagan Pinang's electorates finally speak their mind by electing former Menteri Besar TS Mohd Isa Samad as their state assemblyman. The man , who had been criticized as he was made as candidate garnered 8,103 votes where its rival Zulkefly from PAS only managed to get 2,578 votes with majority 5,435 votes.

In a game or match, there could only be one winner and you cannot emerge as victorious all the time. It's time for PAS to do some soul-searching and reflects on what when wrong for them especially the losses of almost half of the votes they received in 2008 general election.

As for TS Isa Samad, this definitely a stepping stone for him to be back into mainstream politics after being banned by UMNO Discipline Bureau for 3 years due to money politic. Maybe Mr. Prime Minister is right, everybody needs a second chance and Isa is one of it.

Isa, as being predicted, told everybody that he hasn't been promised any post in state government if he win the election. The prime target is only one, serving his soul out for the sake of the Bagan Pinang's resident. Many predicted that if Isa win, the duplicate of what happening in Terengganu is bound to repeat itself. Let's just wait and see.

What about post in UMNO's hierarchy? Will he just wait and watch his mates shoot themselves to a more higher position in party? I believe not, he is smelling chances and space to regain his post as UMNO's vice president in next party election.

Well done and welcome back Tan Sri!

Sunday, October 4, 2009

Penolakan bantuan dari Malaysia : Pekanya muslims Indonesia

Bala bencana Allah semakin menggila menduga keimanan umatnya yang mendiami muka bumi ini. Di Asia Tenggara , negeri seperti Indonesia dan Filipina masing-masing dilanda gempa bumi dan 'Typhoon Parma' yang mengkibatkan ribuan mati dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

Negara-negara Eropah seperti Italy juga tidak terkecuali bilamana negara tersebut dilanda banjir lumpur yang begitu teruk yang mengakibatkan kemusnahan tempat tinggal dan terbantutnya sistem pengangkutan. Angka kerugian mencecah billion ringgit.

Sikap prihatin dan ihsan belas penduduk dunia tanpa mengira bangsa dan agama mendorong mereka berlumba-lumba ingin menghulurkan bantuan samada dari segi wang ringgit ataupun tenaga bagi meringinkan beban yang dialami penduduk negara tersebut.

Tetapi apa yang menariknya rentetan kisah ini ialah keputusan warga Padang ,Indonesia untuk menolak bantuan yang datangnya dari Malaysia kerana dicurigai bantuan tersebut disumbangkan oleh syarikat gergasi judi di Malaysia.

Pastinya tindakan ini amat memalukan Malaysia , tambahan negara ini diperintah dan didiami oleh majoritinya penduduk Islam. Dari sudut lain, di sini kita dapat menilai betapa peka dan perihatinnya muslims Indonesia dalam berurusan berkaitan isu halal dan haram. Syabas residen Padang.

Tuesday, September 15, 2009

Eid Mubarak..

Ramadhan is leaving us slowly, and Syawal is ready to takeover. Eid Mubarak, the biggest festival in Islamic calendar is set to emerge in a few days time. As for myself , this year's hari raya is probably the best ever, since I will celebrate it as family man. A husband to a lovely wife. Oh God, I love her to death.

As I posted this entry, all things were already packed up. Clothes, shoes and all the duit and kuih rayas were in the car. Soon after finished work, i'll be traveling the North-South Expressway with one hope, praying for smooth traffic flow tomorrow and no massive jam on the highway. Hopefully.

So, with the Hari Raya is approaching, I would to take this opportunity to wish 'SELAMAT HARI RAYA ZAHIR DAN BATIN' to all my blog-sphere friends, Shuhairimi, LebaiTTG, Jiejah, Ijad, Nazri Besuti, Adi Evonet,Vasan and whoever knows me. God bless you.

Tuesday, September 8, 2009

Bilqis Abdul Qaadir : Muslimah metropolis yang wajar dicontohi....


Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington DC. Memang Obama bukannya Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelumnya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetuk dan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batil itu batil, insyaAllah.

(Dipetik dari blog Roslan SMS)