Thursday, April 29, 2010

Aminulrasyid..


Secara jujur, saya turut bersedih dengan peristiwa yang menimpa Aminulrasyid Amzah, remaja 14 tahun yang mati terkena tembakan polis. Kematiannya diratapi dan dikesali oleh semua pihak termasuk Jemaah Kabinet.

Sukar untuk digambarkan perasaan ahli keluarga terutama ibunya apabila mangsa dituduh seorang penjenayah, walaupun belum lagi dipastikan apa jenayah yang telah dilakukan. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia bersimpati terhadap Aminulrasyid dan keluarga. Seorang juvana tidak layak di sisi undang-undang untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Lebih mengecewakan apabila laporan media arus perdana berkaitan tragedi tersebut berselisih fakta antara satu sama lain. Ada yang melaporkan mangsa ditembak ketika cuba mengundur kereta untuk mengelak sekatan jalanraya.

Manakala, ada yang melaporkan beliau ditembak ketika dikejar oleh kereta peronda polis akibat bertembung pada awalnya dan cara pemanduan mangsa dalam keadaan mencurigakan. Tiada pula sekatan jalanraya disebutkan. Malah laporan polis saksi utama lebih jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dilaporkan oleh media. Ini sebenarnya makin memeningkan rakyat.

Terlalu berat juga untuk meletakkan kesalahan ke atas anggota-anggota polis terbabit. Saya percaya mereka telah berusaha melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi, apa yang pasti pihak polis patut lebih behati-hati dan tidak cuai dalam menghadapi situasi sebegini kerana ianya melibatkan nyawa manusia. Sudah tentu pihak polis mempunyai SOP (Standard Operating Prosedur) dalam mengendalikan senjata api.

Kita mendoakan agar peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Al-fatihah buat Aminulrasyid, semoga rohnya dicucuri rahmat.

3 comments:

Anonymous said...

As Usual you have Gone strait to the Roots of our Global Society's Problems, My Question to You is what's the Best advise you can Give Readers like Me who wish to fight this kind of Corruption?

al-Balingi said...

Mr.Yiddish,

As a Muslim, I believe, back to the Al-Quran and As-Sunnah is the way to fight corruption.

There are verses in the Quran on corruption, some of which are quoted hereunder:

"Eat and drink of the provision of Allah and act not corruptly, making mischief in the land,"-2/60.

"Obey not the command of the prodigal,"-26/151

"Who spread corruption in the earth, and reform not,"-26/152

"Wrong not men of their kinds, making mischief in the land,"-26/183

I'm also believe there is no religion on this planet supports corruption.

So, the best way to counter corruption is by obeying our religion's rules and regulation and we'll be safe now and hereafter.

Anonymous said...

Indeed I believe you are correct following the Laws of God is the Best Answer.