Akhbar atas talian The Malaysian Insider hari ini melaporkan Sidang Injil Borneo (SIB) Church, Seremban merupakan gereja kelapan diserang semenjak Mahkamah Tinggi membenarkan majalah Katolik mengguna-pakai kalimah 'Allah'.
Metro Tabernacle Church, Desa Melawati merupakan gereja pertama di lontar 'molotov cocktail' yang mengakibat kemusnahan yang agak teruk. Semua pihak mengambil pendirian mengutuk tindakan tersebut termasuk Perdana Menteri, DS Najib Razak.
Komponen pembangkang seperti PAS, gerakan Islam terbesar turut tidak terkecuali mengecam peristiwa tersebut yang langsung tidak membawa kepada titik penyelesaian isu tersebut.
Keganasan bukanlah penyelesaian memandangkan kita berada di dalam sebuah negara yang aman makmur, berpadu erat dan saling menghormati antara sama lain.
Pada firasat saya, jalan penyelesaian terbaik adalah duduk berbincang bagi merungkai masalah tersebut. Adalah begitu tidak molek jika suasana ini dipanjang-panjangkan dan disulami dengan tindakan provokosi yang mampu mewujudkan 'religion tension' antara kita.
Para pemimpin negara perlu bijak menangani isu ini. Adalah baik dan tepat sekiranya sebaik saja isu ini meletus, pemimpin-pemimpin negara mengadakan dialog dan perbincangan melibatkan wakil kerajaan dan pihak gereja bagi menyelesaikan polemik ini supaya ianya tidak berpanjangan sekaligus meletakkan titik noktah bagi isu ini.
Kegagalan berbuat demikian menyebabkan akan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti yang kita dengari sekarang.

1 comment:
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=2&Itemid=55
Post a Comment