Sunday, October 4, 2009

Penolakan bantuan dari Malaysia : Pekanya muslims Indonesia

Bala bencana Allah semakin menggila menduga keimanan umatnya yang mendiami muka bumi ini. Di Asia Tenggara , negeri seperti Indonesia dan Filipina masing-masing dilanda gempa bumi dan 'Typhoon Parma' yang mengkibatkan ribuan mati dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

Negara-negara Eropah seperti Italy juga tidak terkecuali bilamana negara tersebut dilanda banjir lumpur yang begitu teruk yang mengakibatkan kemusnahan tempat tinggal dan terbantutnya sistem pengangkutan. Angka kerugian mencecah billion ringgit.

Sikap prihatin dan ihsan belas penduduk dunia tanpa mengira bangsa dan agama mendorong mereka berlumba-lumba ingin menghulurkan bantuan samada dari segi wang ringgit ataupun tenaga bagi meringinkan beban yang dialami penduduk negara tersebut.

Tetapi apa yang menariknya rentetan kisah ini ialah keputusan warga Padang ,Indonesia untuk menolak bantuan yang datangnya dari Malaysia kerana dicurigai bantuan tersebut disumbangkan oleh syarikat gergasi judi di Malaysia.

Pastinya tindakan ini amat memalukan Malaysia , tambahan negara ini diperintah dan didiami oleh majoritinya penduduk Islam. Dari sudut lain, di sini kita dapat menilai betapa peka dan perihatinnya muslims Indonesia dalam berurusan berkaitan isu halal dan haram. Syabas residen Padang.

3 comments:

Mohd Syauqi said...

salam. kita rakyat Malaysia yg tdk trlibat dgn judi pun turut berasa malu

Anonymous said...

masalahnya daripada amerika tu sumbernya halal ker? macam mana pulak daripada thailand yang terkenal dengan pelacuran. dan daripada negara negara barat yang lain? macam tu bukan prihatin tapi bodoh dan tak sedar diri!!!!

al-Balingi said...

To Syauqi and Anon 2;56,

Tq atas ulasan anda.