Sunday, August 2, 2009

Eviden kesensitifan Melayu-Islam kini tiada lagi...

Sekujur tubuh yang pernah menggemparkan Malaya suatu ketika dahulu kini telah kembali menemui penciptaNya pada 10 Julai lalu. Maria Hertogh atau lebih dikenali dengan Natrah diberitakan meninggal dunia akibat cancer pada usia 72 tahun.

Menyingkap kembali sejarah Natrah secara ringkas, beliau merupakan anak pasangan suami-isteri warga Belanda bernama Adrinus Petrus Hertogh dan Adeline Hunter. Beranggapan tidak mampu lagi untuk Maria, disebabkan suaminya ditahan tentera Jepun, ibunya Adeline menyerahkan Natrah kepada peniaga kain yang bernama Che Aminah Mohamad, peniaga kain di Jawa yang berasal dari Terengganu.

Bertitik tolak dari situ, Bertha meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai seorang Islam, dan Bertha bertukar menjadi Natrah. Sekembalinya ke Terengganu, Natrah dididik dengan akhlak dan ajaran Islam.

Percubaan kali pertama untuk mengembalikan Natrah kepada agama asalnya menemui jalan buntu apabila hakim mengisytiharkan bahawa Che Aminahberhak menjadi penjaga Natrah. Amarah musuh Islam tidak terhenti begitu saja, percubaan kali kedua telah berjaya mengembalikan Natrah kepada keluarga asalnya.

Natrah dan Che Aminah

Pada tanggal 12 Disember 1950, hakim telah menjatuhkan hukuman bahawa Natrah mestilah kembali kepada keluarga asalnya di Belanda. Kembali ke pangkuan keluarganya bermakna Natrah berpatah balik menjadi penganut kristian.

Penghakiman tersebut telah menjurus kepada berlakunya apa yang dipanggil sebagai 'Tragedi Natrah'. Sensitiviti masyarakat Melayu ketika itu cukup tinggi apabila mereka keluar beramai-ramai membantah keputusan tersebut. Ketika berlakunya rusuhan , dilaporkan seramai 18 orang mati manakala 173 tercedera dan Singapura ketika itu diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam.

Begitulah betapa kuatnya sentimen keIslaman umat Melayu-Islam terdahulu. Sanggup bermandi darah demi menyelamatkan akidah saudara seagama. Apakah sensitiviti ini terus menebal di kalangan penganut Islam rumpun Melayu ketika ini? Inilah yang menjadi persoalannya.

'Rusuhan Natrah '- Singapura 1950

Betapa musuh Islam berterusan dengan sedaya upaya melebarkan empayar Kristian di rantau ini, tetapi komuniti Islam terus hanyut dibuai nikmat dunia. Gejala murtad yang tiada noktahnya hanya di pandang sebelah mata oleh umat Melayu pada hari ini tanpa wujud sezarah keinsafan untuk menyelamatkan saudara seIslam kita.

Cukuplah dengan episod sedih Hartina Kamarudin dan Nor Aisyah Bukhori ,kita tidak mahu 'duplicate' peristiwa tersebut berulang lagi. Moga kita terus di bawah peliharaan dan penjagaan Allah SWT.



4 comments:

Anonymous said...

ha sy mmg tgh cari cite natrah ni sbb byk soklan dlm pala otak sy ni..so dia mati bkn dlm islam la ek??..betul ke?

al-Balingi said...

Jiejah,

Begitulah nampaknya. Jika diteliti asas 'Rusuhan Natrah' 1950 adalah bertujuan untuk menyelamatkan akidahnya dari kembali kepada agama asal.

Wallahua'lam.

mohad said...

hari tu saya cuba komen dalam blog ni tapi tak dapat...sekarang dapat pula...

al-Balingi said...

Ijad,

Skrg dh ok...bleh le dtg komen slalu..:)