Friday, February 13, 2009

Antara Malaysia dan Ulang Tahun ke-30 Revolusi Iran


Dalam kesibukan mengikuti perkembangan politik tanahair yang memasuki fasa lompat-melompat, kita hampir terlupa pada tahun ini genaplah 30 tahun kerajaan Revolusi yang dipimpin oleh golongan Ayatollah mentadbir Iran.

Revolusi Iran (turut dikenali sebagai Revolusi Islam , Bahasa Parsi: "Enghelab Eslami") adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan;[7] seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia.

Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat[8]; dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.[9]

Revolusi ini terjadi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran. Peringkat kedua yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.

Antara punca tercetusnya revolusi:

1)Layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar.

2)Sikap boros kerajaan Shah Iran ketika sambutan meraikan pengasasan negara Parsi.

3) Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar.

4)Pindaan terhadap kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung.

Sehingga kini Republik Islam Iran telah menjadi satu-satu nya negara umat Islam yang teguh, stabil dan kukuh mendepani arus politik dunia yang dikuasai oleh Amerika Syarikat. Negara 'uncle sam' ini belum mengenali erti putus asa dalam usaha untuk mengheret Iran ke mahkamah antarabangsa akibat 'pengayaan uranium' yang mencetuskan kontroversi.

Kewujudan dan tumbangnya sesebuah kerajaan di dunia adalah melalui proses pertukaran kerajaan samada melalui pilihanraya,revolusi dan sebagainya. Tetapi majoriti kerajaan di atas muka bumi ini mendokong konsep pungutan suara melalui pilihanraya dalam membentuk sesebuah kerajaan. Proses dilihat lebih adil dan menjamin kesaksamaan untuk semua. Tetapi Iran memilih kaedah revolusi untuk membentuk kerajaan.

Malaysia sebuah negara raja berpelembagaan menjunjung semangat demokrasi dalam pembentukan sesebuah kerajaan. Rakyat berpeluang memilih kerajaan setiap 5 tahun melalui pilihanraya. Prinsip demokrasi ini di'tatang' semenjak negara mencapai kemerdekaan.

Namun begitu tahap kepercayaan rakyat kepada kaedah pilihanraya dalam memilih pemerintah semakin terhakis. Ini adalah berpunca daripada golongan-golongan yang rakus kuasa yang memilih 'jalan belakang' untuk membentuk kerajaan. Akibatnya, kerajaan 'pilihan rakyat' telah ditumbangkan dengan cara pemanipulasian pihak istana serta menyalahguna media massa dengan sewenang-wenangnya.

Ini bukanlah kali pertama ianya berlaku. Merobohkan kerajaan pilihan rakyat secara 'undemocratic' telah berakar umbi sejak 1961.

1) 1961 : Kerajaan Terengganu ditumbangkan melalui undi tidak percaya di sidang Dun.
2)1968: Usaha menjatuhkan kerajaan Kelantan, tetapi tidak berjaya.
3)1994 : Kerajaan Sabah yang sah digulingkan akibat 'crossover' wakil-wakil rakyatnya.
4) 2009: Kerajaan pilihan rakyat Perak yang ditumbangkan dengan campur tangan pihak istana.

Situasi-situasi di atas menunjukkan bahawa 'power hijack' yang berlaku di Perak bukanlah kali pertama. Ianya adalah sejarah yang diulang-ulang. Persoalannya ,untuk tempoh berapa lama kah rakyat boleh bersabar? Dan wabak ini dijangka merebak ke negeri-negeri seperti Kedah dan Selangor yang pemerintahnya adalah pilihan rakyat. Dan apakah mungkin rakyat akan hanya memerhatikan saja ataupun revolusi bakal tercetus di Malaysia?

5 comments:

refah00 said...

Hati2 syeikh.Revolusi Iran tak boleh dicontohi 100 peratus.Semangatnya boleh diambil tapi fahaman Syiahnya tak boleh dibenarkan masuk ke sini.

al-Balingi said...

to Refah00,

Tak mungkin Malaysia akan menjadi seperti Iran. Bagai langit dengan bumi.Ditambahkan dengan komuniti yg berbilang bangsa dan agama. Itu cuma luahan hati penulis saja yang mengagumi semangat juang dan jati diri rakyat Iran.

Cheguman said...

Assalamualaikum al Balingi,
Saya juga setuju dengan refah00. Semoga Allah terus memimpin kita di jalan yang benar.

Walaupun kita mungkin berbeza sudut pandangan namun kita masih berkongsi kalimah shahadah yang sama.

al-Balingi said...
This comment has been removed by the author.
Zawir Al-Hamidi said...

Semangat yang ada pada masyarakat Iran untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim seharusnya dicontohi. Dan tidak mustahil kalau-kalau rakyat Malaysia juga akan terikut-ikut dengan cara ini. Hanya masa yang menentukan.