Tuesday, November 11, 2008

Mampukah Pemimpin Negara Mencontohi Orang Ini?

Kehebatan Dr. Mahmoud Ahmadinejad Presiden Republik Iran bukan hanya pada keberanian dan kritikan pedasnya melawan keangkuhan Amerika Syarikat. Tetapi kehebatan pemimpin ini sebenarnya terletak pada keperibadiannya yang sederhana yang mungkin sukar ditandingi oleh pemimpin dunia lain.
Menurut satu sumber, coat atau blazer yang di pakai oleh beliau dilihat seakan-akan dibeli dari kedai pakaian terpakai atau istilah biasanya ' pakaian bundle'.

Ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya.
Soalan : Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?

Jawabnya: Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya,ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran .

1. Pertama kali menduduki rumah rasmi presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada protokoler untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meskipun sederhana, tetapi menarik.

3. Satu perkara yang membuatkan kakitangannya kagum ialah beg yg selalu dibawa Ahmadinejad setiap hari. Beg tersebut berisikan sarapan; roti, keju yang disiapkan isterinya. Dia juga mengarahkan agar penyediaan makanan untuk preseiden dihentikan. Subhanallah.


4. Ketika menginap di hotel, beliau lebih suka untuk tidur di atas lantai yang beralaskan karpet dan selimut. 5. Ketika setiap kali solat berjemaah, dia lebih suka untuk berada di barisan sebaris dengan rakyat biasa. Tidak seperti kebiasaan pemimpin lain yang hanya berada di saf hadapan.


6. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau segera mengerjakan solat dimanapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.


7. Dan yang paling penting pemimpin hebat ini tidak bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai menunjukkan rasa hormat.

Kehidupan serta personaliti Ahmadinejad sepatutnya menjadi ikutan para pemimpin negara kita terutamanya mereka yang beragama Islam tanpa mengira anutan politik samada kerajaan ataupun pembangkang.

Kenaikan harga minyak dunia pada Jun 2008, telah memberi satu isyarat agar kita berjimat-cermat dan bersederhana dalam berbelanja sehinggakan salah seorang pemimpin utama negara menyeru agar kita ' mengubah gaya hidup'. Beliau sepatutnya terlebih dahulu mengubah gaya hidup dengan mengikuti jejak langkah Ahmadinejad.

Terdayakah para-para umara' negara kita mencontohi pemimpin seperti di atas? Wallahua'lam. Sila klik sini untuk melihat 'interior design' pesawat rasmi Ahmadinejad.

5 comments:

pemikir lapuk said...

semuga...satu hari kita akan mnerima pmimpin yg sdemikian.....sejuk hati aku tgk dan baca yg bro hidangkan

al-Balingi said...

To Pemikir,

InsyaAllah one day dpt pemimpin negara mcm dia, sorang pun jadi lah.

natural observer said...

slamat mblog smula bro

pemikir lapuk said...

sorry bro..salah id...hehehe...akiart tu pun aku....

MnasBes said...

Assalamualaikum...

kita yang sepatutnya mencontohi beliau dahulu. Penulis blog kenalah bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya. Janganlah menuduh tanpa bukti. Kebebasan menulis sepatutnya bukan kebebasan daripada kaca mata barat.

Tulislah dengan penuh berhikmah. Nabi Musa diutuskan untuk mengajak orang yang paling zalim di atas muka bumi ini iaitu Firaun tetapi baginda begitu hikmah dlm dakwahnya...

Untuk menarik orang lain supaya merasakan bahawa Islam merupakan suatu agama yang indah maka gaya penulis blog mestilah mempunyai unsur hikmah dan bukannya menggunakan perkataan yang bersifat menakutkan serta mengancam orang lain.

Marilah kita mengambil pengajaran daripada dua ajaran nabi kita

Mencaci orang muslim itu fasik dan membunuhnya itu kafir (Ibnu Hajar Al-Asqalani;Bulughul Maram m/s 564)

Jauhkan diri kamu kalian daripada sangkaan kerana sangkaan itu sebohong-bohong cakap (Ibnu Hajar Al-Asqalani;Bulughul Maram m/s 564)