Tuesday, September 15, 2009

Eid Mubarak..

Ramadhan is leaving us slowly, and Syawal is ready to takeover. Eid Mubarak, the biggest festival in Islamic calendar is set to emerge in a few days time. As for myself , this year's hari raya is probably the best ever, since I will celebrate it as family man. A husband to a lovely wife. Oh God, I love her to death.

As I posted this entry, all things were already packed up. Clothes, shoes and all the duit and kuih rayas were in the car. Soon after finished work, i'll be traveling the North-South Expressway with one hope, praying for smooth traffic flow tomorrow and no massive jam on the highway. Hopefully.

So, with the Hari Raya is approaching, I would to take this opportunity to wish 'SELAMAT HARI RAYA ZAHIR DAN BATIN' to all my blog-sphere friends, Shuhairimi, LebaiTTG, Jiejah, Ijad, Nazri Besuti, Adi Evonet,Vasan and whoever knows me. God bless you.

Tuesday, September 8, 2009

Bilqis Abdul Qaadir : Muslimah metropolis yang wajar dicontohi....


Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington DC. Memang Obama bukannya Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelumnya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.

Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetuk dan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batil itu batil, insyaAllah.

(Dipetik dari blog Roslan SMS)