Friday, June 19, 2009

Dr Fathi Yakan : Perginya Seorang Ulama' Tarbiyah Terulung..


Pada tangggal 13 Jun 2009, dunia Islam kehilangan seorang tokoh pendakwah terkenal yang telah pergi menemui rabbul 'alamin setelah puluhan tahun menghambakan diri demi melihat Islam tersebar luas ke pelosok dunia.

As-Syeikh Dr Fathi Yakan telah menghembuskan nafasnya pada usia 76 akibat keuzuran. Beliau yang merupakan tokoh da'ie tersohor adalah merupakan penggerak awal Ikhwanul Muslimin di dunia arab.

Sifat rendah diri, sentiasa menghormati tetamu serta tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman menjadikan beliau antara tokoh yang disegani kawan dan lawan.

Ulama terkenal ini amat disegani dan dihormati di seluruh pelusuk dunia kerana penulisan serta pemikiran beliau yang tajam dan bersifat semasa.

Antara tulisan ilmiahnya yang tersohor dan terkenal di kalangan umat Islam di Malaysia adalah seperti :

i) Apa Erti Saya Menganut Islam
ii) Islam Dan Cabaran Masa Kini
iii) Tuntutan Dakwah Dan Pendakwah

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-fatihah.