Tuesday, November 11, 2008

Mampukah Pemimpin Negara Mencontohi Orang Ini?

Kehebatan Dr. Mahmoud Ahmadinejad Presiden Republik Iran bukan hanya pada keberanian dan kritikan pedasnya melawan keangkuhan Amerika Syarikat. Tetapi kehebatan pemimpin ini sebenarnya terletak pada keperibadiannya yang sederhana yang mungkin sukar ditandingi oleh pemimpin dunia lain.
Menurut satu sumber, coat atau blazer yang di pakai oleh beliau dilihat seakan-akan dibeli dari kedai pakaian terpakai atau istilah biasanya ' pakaian bundle'.

Ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya.
Soalan : Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?

Jawabnya: Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya,ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran .

1. Pertama kali menduduki rumah rasmi presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid2 di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada protokoler untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu, meskipun sederhana, tetapi menarik.

3. Satu perkara yang membuatkan kakitangannya kagum ialah beg yg selalu dibawa Ahmadinejad setiap hari. Beg tersebut berisikan sarapan; roti, keju yang disiapkan isterinya. Dia juga mengarahkan agar penyediaan makanan untuk preseiden dihentikan. Subhanallah.


4. Ketika menginap di hotel, beliau lebih suka untuk tidur di atas lantai yang beralaskan karpet dan selimut. 5. Ketika setiap kali solat berjemaah, dia lebih suka untuk berada di barisan sebaris dengan rakyat biasa. Tidak seperti kebiasaan pemimpin lain yang hanya berada di saf hadapan.


6. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau segera mengerjakan solat dimanapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.


7. Dan yang paling penting pemimpin hebat ini tidak bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai menunjukkan rasa hormat.

Kehidupan serta personaliti Ahmadinejad sepatutnya menjadi ikutan para pemimpin negara kita terutamanya mereka yang beragama Islam tanpa mengira anutan politik samada kerajaan ataupun pembangkang.

Kenaikan harga minyak dunia pada Jun 2008, telah memberi satu isyarat agar kita berjimat-cermat dan bersederhana dalam berbelanja sehinggakan salah seorang pemimpin utama negara menyeru agar kita ' mengubah gaya hidup'. Beliau sepatutnya terlebih dahulu mengubah gaya hidup dengan mengikuti jejak langkah Ahmadinejad.

Terdayakah para-para umara' negara kita mencontohi pemimpin seperti di atas? Wallahua'lam. Sila klik sini untuk melihat 'interior design' pesawat rasmi Ahmadinejad.

Wednesday, November 5, 2008

Antara Sydney, Alor Setar dan Kota Bharu..


Dalam usaha mengatasi keganasan yang berhubung-kait dengan alcohol di bandaraya Sydney, pihak berauthoriti akan memperkenalkan satu undang-undang yang tegas bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang lagi. Klik di sini untuk berita selanjutnya. Reporting by Michael Perry; Editing by David Fox)

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Sydney tidak akan lagi mengeluarkan lesen kepada kesemua pengusaha kela-kelab malam yang ingin menjual minuman keras selama 24-jam sehari semalam. Pemilik-pemilik pusat hiburan juga akan ’dipaksa’ menggunakan kelas plastik bagi tujuan mengelakkan sebarang keganasan berlaku.

Sejak kebelakangan ini, bandaraya Sydney telah di gemparkan dengan beberapa siri pergaduhan yang berlaku di kalangan pemabuk-pemabuk sehingga menyebabkan seorang anggota polis telah tercedera.

Bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang, pihak berkuasa Sydney telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengharamkan penjualan arak untuk 24-jam.

New South Wales (NSW) adalah merupakan negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di Australia telah mencatatkan sebanyak 21,000 kes keganasan alkohol untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Persoalannya apakah reaksi masyarakat Malaysia sekiranya penguatkuasaan undang-undang seperti di atas dilaksanakan di bandar-bandar seperti Alor Setar dan Kota Bharu iaitu 2 buah ibu negeri yang ditadbir oleh sebuah parti pembangkang yang berhasrat menerapkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Hanya terdapat 2 options. Samada disokong atau dibantah. Pasti riuh-rendah bunyinya membantah.

Bukti apa lagi? Hujah apa lagi yang perlu dilontarkan bagi membuktikan bahawa ’al-khamr’ itu lebih banyak mudharat dari manfaatnya. Apakah kita yang mengaku Islam, tetapi atas nama ketamadunan manusia perlu menghalalkan arak demi kepentingan ekonomi dan sebagainya?

Bukankah bukti di atas adalah cukup jelas bahawa al-khamr (arak) adalah merupakan ’ mother of all evils’.